Tuesday, November 10, 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYQ7Cck0aV0LFQJRSg6kCUScUjzcusMKCNgJaG30SSXRE4X5tgRRltEvPWLrcp4HGZb3rcR1-029lZQjBQTyFeSMSDufoW-IxdwYTq3w-K1PoDe5YstFNmwcVkK0wrZl380ixJ6ZgHwNIl/s320/Picture10.png)
20 Jan– Angkasawan Negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed telah berkunjung ke Dewan Jubli Intan, Pontian untuk Program Jelajah Angkasawan Johor 2009. Program ini memenuhi hasrat dan pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Program ini akan menjadi pemangkin “moon shot” kepada seluruh pelajar untuk belajar sains dan teknologi. Ilmu dan teknologi bermula di sekolah, seterusnya di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan mengeksport dan menjana pendapatan negara. Bagi wakil pelajar yang pergi ke program tersebut, terbit rasa kesedaran dan semangat dalam diri mereka untuk mendalami ilmu sains yang semakin penting untuk generasi sekarang.
0 comments:
Post a Comment