Tuesday, November 10, 2009
Pada 16 Februari 2009, sekolah kita telah mengadakan temasya sukan tahunan. Temasya ini telah berlangsung pada ja, 8 pagi hingga 1.50 petang di padang SMK Ayer Baloi. Sekolah telah menjemput En Tee Tong Han wakil rasmi YB Datuk Tee Siew Kiong, ADUN Pulai Sebatang untuk merasmikan kejohanan sukan sekolah. Acara merentas desa telah diadakan beberapa minggu sebelum kejohanan berlangsung. Rumah Bestari telah memenangi keseluruhan acara ini. Tepat pada jangkaan, Rumah Bestari telah menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan bagi sesi 2009. Rumah Bestari yang pada awalnya mendahului rumah sukan lain pada pra kejohanan telah mengutip mata tertinggi pada kejohanan akhir iaitu sebanyak 832 mata. Bagi acara perbarisan pula, kategori unit beruniform telah di menangi oleh Unit Remaja Sekolah (KRS) manakala bagi kategori rumah sukan pula dimenangi oleh Rumah Semarak. Olahragawan sekolah telah disandang oleh Mohd Asrof Bin Masdar. Beliau telah memungut sebanyak 4 pingat emas melalui acara 1500m, 800m, 400m dan acara merentas desa. Acara 4x100 pula, beliau hanya mendapat pingat perak. Bagi Olahragawati sekolah pula disandang oleh Noor Haslinda Bt Ismail. Beliau telah memperoleh 5 pingat emas dalam acara 400m, 200m, 100m, 4x400 dan merentas desa. Manakala acara 4x100m beliau telah mendapat pingat perak. Tahniah kepada Rumah Bestari kerana menjadi juara Sukan Tahunan 2009!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment