Tuesday, November 10, 2009
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 tahun 2008 yang telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dan meningkatkan gred purata sekolah. Dalam Peperiksaan PMR yang lalu, sebanyak 4 orang telah mendapat 8A, seorang mendapat 7A 1B dan 4 orang yang mendapat 6A. Secara perata GPS kita pada tahun ini iaitu 2.96. Gred ini tidak jauh berbeza daripada tahun lepas iaitu 2.98. Daripada 290 orang calon yang menduduki peperiksaan, 62.41% telah lulus semua mata pelajaran dan 97.24% lulus minima 4 matapelajaran. Ini sekaligus meletakkkan sekolah kita sebagai sekolah harian terbaik dalam daerah Pontian. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat 8 A iaitu Mohd Nazreen B Abas, Mohd Hamizan B Mohtamin, Noraishah Bt Zulkifli dan Suhana Bt Sakiman. Tahniah juga diucapkan kepada Mohd Rizwan Ar-Rafee B Parsimin daripada kelas 3 Bijak yang telah berjaya mendapat 3A&3B.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment