Tuesday, November 10, 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2-jeK9XaZ4TpzCQAk2cYW6ml4rjgIymTpKzxluN6x4neUVvc4YF62CxmSPXRxCCbE5b5DcHpiMTAfQOqDORvd-9X8zPgOqdOMmnDkMcWgaCq_e4t4hYfizy5blBefQCWWEBr2763E_QZf/s320/gffg.png)
Detik bersejarah buat kita apabila pasukan reka cipta CREATIVE INVENTOR TEAM daripada SMK Ayer Baloi telah diiktiraf dan dinobatkan oleh Perbadanan Harta Intelek Negara ( MYIPO- Badan Berkuasa Melindungi Hak Reka Cipta Negara) sebagai projek reka ciptaterbaik negara tahun 2009. Projek yang dinamakan "Boat Blocker Control" ini diilhamkan oleh Juliana Bt Nazaruddin (5 maju) bersama tiga orang rakannya iaitu Nurul Iman Bin Raslan, Abdul Hakim Bin Mohd Noh dan Mohd Khalid Bin Ahmad telah berjaya menambat hati juri semasa sesi pembentangan di Kompleks Daya Bumi Kuala Lumpur pada 8 April lalu, seterusnya meletakkan projek ini sebagai 8 projek terbaik daripada 40 sekolah yang hampir semua sekolah yang bertanding adalah MRSM, Sekolah Sains dan juga Sekolah Berasrama Penuh. Walau bagaimanapun, kita terpaksa akur dengan kemenangan SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, Kedah kerana projeknya dengan kerjasama universiti tempatan (IPTA) telah memenangi pertandingan Intell INSEF dan akan diterbangkan ke Amerika (USA) untuk pertandingan peringkat Antarabangsa. Selain itu, yang lebih menarik lagi ialah Timbalan Pendaftaran Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai menawarkan SMK Ayer Baloi sebagai sekolah angkat UTM.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNudjhHo1y7is1WMaJJ6TIkXKLeltATwq6_n-ucj0kpmRPOuLW7BSKEhQ9pM1fGgmfg4WzlE1x1trAmKdy4J9eH_TWSHDicJCc3JQfgTpYA_va5ZwSbBQcIfBzi9oBDJrTwB9GPvhANgs_/s320/hghht.png)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment