Sunday, November 8, 2009
telah diasaskan pada tahun 1965 dengan menumpang di bangunan SK Ayer Baloi, Pontian dan SRJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian. Mulai tahun 1967, SMK Ayer Baloi mula menggunakan bangunan sendiri di tapak seluas 9 ekar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi merupakan sekolah yang mendapat nama dari tempat terbinanya sekolah ini iaitu di Kampung Ayer Baloi. Memandangkan terdapat lebih kurang 12 buah sekolah rendah di sekitar kawasan tersebut, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mendirikan sebuah sekolah menengah bagi menampung keperluan pelajar-pelajar.
Kedudukan Kg. Ayer Baloi yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan dari bandar Pontian ke Benut, merupakan sebab utama ia dipilih oleh beberapa tokoh tempatan yang kemudiannya menjadi Ahli Lembaga Pentadbir yang pertama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi.
Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tuan Haji Lebai Mohammad Affandi Yaakob, Tuan Haji Abd. Rahman b. Haji Hussin, Encik Omar b. Kotan, Encik Hussien b. Mahmod, Encik Omar b. Madek, dan Encik Abdul Rahim Yaakob.
Sehingga sekarang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah mengembang pesat dalam semua aspek dan telah dinaikkan ke gred A kategori Sekolah Luar Bandar pada Mac 1994
![](file:///C:/Users/IRDRAZ%7E1/AppData/Local/Temp/moz-screenshot.jpg)
3 comments:
Sekolah posting sya pertama semada almarhum cikgu Mokhtaran Rabidin dan Datuk Khusaini. Memang banyak kenangan manis betsama bekas pelajar2 saya serta guru2 tahun 1975 hingga 1979. Banyak foto sya rakam dan simpan. Teringin juga mengikuti perkembangan wasrga Smk AB dan jiran2 di sana. Mungkin ramai yg sudah bersara atau kembali kerahmstullah. Musa Maharam tel- 0194213191

Omar Kotan tu bapa saudara saya..Bapa saya Ahmad Kotan
Post a Comment