Friday, January 15, 2010
Thursday, December 31, 2009
ada yang .
Bila cikgu mula menanda kertas, macam-macamlah jawapan yang cikgu
akan jumpa. Contohnya bila cikgu Bahasa Melayu
menanda
Kadang-kadang boleh tergelak sampai pecah perut baca ayat-ayat
Sebenarnya, karangan ini, saya
dalam profile facebook sepupu saya. Sangat menarik dan melucukan.
Kalau tak percaye, bacalah sendiri.. huhuhu..
Tuesday, November 10, 2009
Pada 7, 8, 9 Julai 2009, sekolah kita telah menghantar 3 orang wakil yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2RK untuk menyertai Pertandingan Akhir Roket Negeri Johor. Pertandingan ini telah diadakan di SMK. Pasir Gudang 2, Johor ini disertai oleh 20 buah sekolah dari seluruh negeri Johor. Pertandingan roket ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Roket Sasaran dan Roket Pracute (payung terjun). Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat sains dan menanamkan minat tentang kejuteraan angkasa dalam kalangan pelajar. Sekolah kita telah berjaya meraih naib johan dalam kategori pracute (payung terjun). Tahniah diucapkan..
14 Ogos - Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang ke 52 telah diadakan dengan meriahnya di dewan SMK Ayer Baloi. Tema kemerdekaaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep 1 Malaysia ini lebih tertumpu kepada kerjasama, perpaduan, dan kesefahaman rakyat seperti kata PM kita iaitu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Bersempena bulan kemerdekaan ini, pelbagai pertandingan akan diadakan seperti kuiz kemerdekaan, tulisan khat, esei kemerdekaan, dan pertandingan kad ucapan gergasi.
Sekolah kita telah kehilangan dua orang guru yang berdedikasi dan ‘sporting’ iaitu Pn. Hjh Zaleha Bt. Jani dan Pn Rahaya Bte Ismail. Pn Hjh Zaleha dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Teknik dan Vokasional di SMK Dato’ Yunus Sulaiman, manakala Pn Rahaya telah berhijrah ke Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat.