Tuesday, November 10, 2009


Team Roket Naib Johan Negeri Johor


Pada 7, 8, 9 Julai 2009, sekolah kita telah menghantar 3 orang wakil yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2RK untuk menyertai Pertandingan Akhir Roket Negeri Johor. Pertandingan ini telah diadakan di SMK. Pasir Gudang 2, Johor ini disertai oleh 20 buah sekolah dari seluruh negeri Johor. Pertandingan roket ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Roket Sasaran dan Roket Pracute (payung terjun). Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat sains dan menanamkan minat tentang kejuteraan angkasa dalam kalangan pelajar. Sekolah kita telah berjaya meraih naib johan dalam kategori pracute (payung terjun). Tahniah diucapkan..

0 comments:

Post a Comment