Tuesday, November 10, 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj4tt_HRuu92ycrEzkXm3fgj4TDEVd3ILqGgKI-9oC7qkZdEC7SlnLcaFy6-sD0gYIJhPa90PXD5ByYia4sjFAqxmd1bnLW9n9LGuJmLZVG6SZ7KAnzXQmWx-Ul0841kIJZD8ZQcoplPLB/s320/bulan+kemerdekaan.png)
14 Ogos - Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang ke 52 telah diadakan dengan meriahnya di dewan SMK Ayer Baloi. Tema kemerdekaaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep 1 Malaysia ini lebih tertumpu kepada kerjasama, perpaduan, dan kesefahaman rakyat seperti kata PM kita iaitu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Bersempena bulan kemerdekaan ini, pelbagai pertandingan akan diadakan seperti kuiz kemerdekaan, tulisan khat, esei kemerdekaan, dan pertandingan kad ucapan gergasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment