Tuesday, November 10, 2009
27 Jun - Sekolah kita telah mengadakan Hari Koperasi dan Hari Kokurikulum SMKAB 2009. Objektif utama program ini memperkasakan kokurikulum dan menanam sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar. Antara aktiviti ko kurikulum yang dijalankan ialah Flying Fox, Abseling dan perkhemahan. Sebanyak 13 buah gerai menjual makanan dan minuman serta 2 buah pameran didirikan. Satu acara menanam pokok sebagai simbolik tanda sayangi alam sekitar telah disempurnakan oleh Puan Pengetua. Sempena Hari Kokurikulum juga, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perkhemahan untuk kursus kenaikan pangkat Koperal. Seramai 80 orang pelajar dari 8 buah unit beruniform telah menyertai kursus ini. Sebelum dinaikkan pangkat, para peserta perlu menjalani beberapa ujian seperti kawat kaki asas, ikatan, bantu mula, ikhtiar hidup dan ujian bertulis. Perkhemahan ini telah diadakan selama dua hari satu malam bermula pada hari Jumaat sehingga Sabtu. Di samping itu juga diadakan pertandingan games PS2 anjuran Kelab Reka Cipta dan pertandingan fotografi anjuran Koperasi SMKAB. Serentak dengan itu juga diadakan hari terbuka yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment