Tuesday, November 10, 2009


SMKAB terus digeruni..!


30 Mei - SMK Ayer Baloi sekali lagi mengukir sejarah! Masih hangat dengan kejayaan Reka Cipta mengukir nama di pentas negara, kini diperhangatkan dengan kejayaan cemerlang peserta daripada sekolah kita yang mewakili daerah Pontian yang telah berjaya menggondol kejayaan cemerlang dalam Karnival Pendidikan Teknik dan Vokasional Negeri Johor yang berlangsung di SMK Dato’ Penggawa Barat dan SMK Dato’ Ali Haji Ahmad. Dalam pertandingan Ilustrasi Reka Cipta, sekolah kita telah berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini. Untuk rekod, sekolah kita belum pernah mendapat selain johan sejak pertandingan inidiperkenalkan. Taniah kepada Seni Reka Tanda (SRT) yang telah menjuarai pertandingan Reka Bentuk Logo T-shirt juga tahniah kepada pasukan Membina Model Rumah Lukisan Kejuruteraan yang telah mendapat tempat kedua. Keseluruhannya, daerah Pontian menjuarai karnival ini dengan merangkul 5 johan daripada 15 acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan. Prestasi cemerlang ini membuktikan yang SMK Ayer Baloi bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah tidak kurang hebatnya dalam bidang ko kurikulum

0 comments:

Post a Comment